Pengalaman di Perancis


Tanggal 5 September 2009 saya dan keluarga pergi ke negara Perancis selama 9 bulan kerana ayah saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master.




Di dalam kapal terbang saya sangat seronok kerana saya dapat menonton movie secara bebas dan meminta apa saja untuk makan dan minum.Setelah 4 jam menonton movie saya pula berasa ngantuk lalu saya tidur.Bangun dari tidur saya ,saya berasa terkejut kerana saya telah sampai di Airport Charles De Gaulle,France.Saya dan keluarga menaiki teksi untuk ke hotel sementara ayah saya mencari sebuah rumah untuk didiami.

Akhirnya,ayah saya telah menjumpai rumah untuk disewa.Beginilah rumah kami.(kat tingkat atas sekali)


Selepas 1 bulan bosan duduk dirumah akhirnya saya perlu pergi kesekolah.Pada hari pertama sekolah seperti  saya memang tidak faham apa yang mereka cakap.Cikgu cakap bahasa inggeris pun saya tidak faham kerana cikgu di sana bercakap inggeris seperti bercakap bahasa perancis.Separuh hari sekolah saya pulang ke rumah untuk makan tengahari.2 jam di rumah saya pergi balik ke sekolah.Akhirnya tamat juga sekolah selepas 6 jam belajar dan 2 jam main.Walaupun penat tetapi saya terpaksa naik 30 anak tangga untuk sampai ke rumah.

Pada bulan November semua jam di Perancis mestilah di tambah 1 jam kerana malam di sana terlalu awal.Akhirnya masa yang saya nantikan telah tiba kerana pada bulan December salji akan turun.Saya seronok dan ayah saya mestilah membuka heater untuk memanaskan rumah.

Di sekolah pada waktu salji saya dan kawan-kawan saya bemain membaling salji dan kakak saya pulah mengumpul salji untuk membuat bebola salji yang besar.

Pada bulan Mac masa mestilah diubah semula seperti biasa.
Musim bunga setelah tiba,saya dan keluaraga saya bercadang untuk makan angin di negara eropah.Antara negara yang kami hendak perfi ialah Belgium,Belanda,German dan Switzerland.Di belgium kami hanya menumpang sehari di rumah kawan ayah saya.Di belanda pula kami menginap di Hotel Formula One.Kami juga pergi ke taman bunga tulip yang terbesar di dunia iaitu Keukenhof.Bunga yang berada dia sana ialah seperti gambar di bawah.

                                          
Stelah sehari di Amsterdam,Belanda,kami bertolak ke Jerman untuk menginap di Stuttgart.Setelah seronok berada di sana kami pula pergi ke negara terakhir persinggahan kami iaitu negara Switzerland.Di sana kami menaiki cabel car untuk naik ke atas Gunung Pilatus di Lucern dan akhirnya kami pulang ke rumah dengan gembira.

Bulan Julai telah tiba ,kami mengemas barang untuk pulang ke Malaysia.Brang  yang berat perlulah diangkat dua orang terutamanya pinggan kerana di sana tiada tangga.

Macam biasa,kami menaiki teksi untuk ke lapangan terbang.Kami berasa seronok kerana kami telah puas berseronok di Paris.Kami menaiki kapal terbang untuk ke MALAYSIA.


                                            GOODBYEEEE FRANCE                                                                 

No comments:

Post a Comment