Di Pantai Kemasik sebagai tempat berehat sementara
Dalam perjalanan hendak ke Kuala Terengganu,ayahku singgah sementara di Pntai Kemasik selepas penat drive 2 jam.Lagipun,kakak dan emakku ingin mengambil gambar di tepi pantai di sana (biasalah tu,tak wajib tak amik gambar).Aku mengambil peluang ini untuk membuang air kecil.Sudhnya membuang air kecil,aku pun mencari ayahku.Akhirnya ,aku berjumpa dengan ayahku di kedai maknan ringan sambil kumelihat ayahku sedang mengunyah keropok nipis .Aku pun meminta sedikit daripada ayahku.
Selepas berehat di Pantai Kemasik,aku dan keluargaku meneruskan perjalanan dengan tempoh selama 1 jam lagi.Kereta di sana suka potong-memotong,ayah ku pun mengikut seperti perangai pemandu di Terengganu(seperti berlumba di litar f1 lah)...
Akhirnya sampai ke Kuala Terengganu,kami menginap di hotel Kenangan selama dua hari satu malam.Katilnya berbunyi dan TV pulak kecil (biasalah hotel tepi jalan).
Hari kedua di Kuala Terengganu,kami pergilah ke rumah kawan ku di sana.Sebenarnya kami ke Kuala Terengganu untuk mengambil pinggan-pinggan yang di bawa pulang oleh kawanku ke Malaysia.Tibanya di rumah kawanku yang bernama Iqwan,aku bersalaman dengannya dan keluarganya.Aku terlihat kwannya yang lain.Aku seronok dapat berkenalan dengannya.Namanya Irfan.Kami bermain mainan yang terdapat di rumah Iqwan.Semasa kami seronok bermain,tiba-tiba kakak ku memenggil untuk pulang ke hotel.Ku dan keluarha pun pulang ke hotel.
Di hotel,kami mengemas barang untuk pulang ke rumah .Saya berasa sedih kerana telah tinggalkan Terengganu.Ayah ku pun membawa kereta seperti F1 dalam perjalanan .
Goodbyyyye Terengganu
No comments:
Post a Comment