Koordinat ABC Kampung Melayu Majidee:
Address
|
Medan Selera Kampung Melayu Majidee
Jalan Tebrau Lama, 81100 Johor Bahru, Malaysia.
(In front post office)
|
Latitude
|
1°30’52.27"N
|
Longitude
|
103°45’26.06"E
|
Lepastu aku pun pulang ke Tune Hotel di Johor Bahru.Nak masuk simpang ke Tune Hotel memang susah sikit dan kadang-kadang terpaksa buat U-Turn tapi jumpa juga simpang nye.Lepas Check-in je buka je pintu bilik depan mata je nampak katil.Biliknya kecil tetapi cukuplah itu.Esok pula nak bertolah pergi USS (Universal Studio Singapore)
Esoknya,bangun tengok2 dah pukul 6:50pagi.Bas bertolak pukul 7:30 pagi.Mulalah kelang-kabut dalam bilik.Pikir entah sempat ke tak.Lepas siap je semua terus turun.Tengok2 bas tak jalan lagi.Apa tunggu lagi naiklah lepastu.Tengok jam 7:40 tapi bas tak jalan lagi.Bas begerak pun kul 7:55.
Sampai kat imigresen Johor,tak payah beratur pun.Tiba2,sampai kat imigresen Singapore,pergh panjang nye.Tunggu pun dah nak dekat 2 jam.Dah rugi masa.
Lepas 1 jam sampai pun kat USS.Tengok kat USS ramai gile orang nak tangkap gambar kat globe di pertengahan tu.
Nak main satu aktiviti tu nak beratur kena tunggu 1 hingga 2 jam tetapi adalah juga yang 40 dan 30 minit macam tu la.Kalau siapa nak gi USS tak wajib kalau tak pegi Waterworld.Ianya macam persembahan lah.Tapi siapa yang nak duduk depan siap-siaplah bawa baju lebih atau baju hujan kerana air tersebut akan terpercik nanti tak tahu.Kat sana ada disediakan surau berdekatan lokar.Sudah 5 jam berada di USS,aku pun dah terasa penat.Nak hentam semua permainan takkan sempat punya lah.Kalau nak hentam semua pun kena duduk sana 48 jam *agaknya lah*.
Ok itu je lah......
ASSALAMMUALAIKUM


No comments:
Post a Comment